Sejarah

Posted by Darussalam Malaysia On 9:08 PM



1. PENGENALAN


 



Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia atau DARUSSALAM wujud hasil
kesepakatan dan kerjasama yang erat diantara Urusan Ulamak PAS Kawasan Gombak
dengan Pejabat ADUN Gombak Setia iaitu Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus pada
awal tahun 2003 yang lalu. Menyedari betapa pentingnya kesinambungan ilmu
perubatan  Islam yang telah beliau amalkan selama ini, maka telah dihimpunkan
semua golongan ilmu agama dan individu yang berminat untuk menyertai kursus
perubatan yang pertama kali diadakan oleh beliau.





2. KURSUS PERUBATAN DARUSSALAM KALI PERTAMA



Kursus DARUSSALAM yang pertama telah diadakan pada 28-29 Januari 2003 yang telah
dihadiri seramai hampir 35 orang peserta bertempat di Dewan Besar Pejabat Adun
Gombak Setia di Taman Sri Gombak,Selangor. Kuliah kursus disampaikan sepenuhnya
oleh Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin Kamus. Hasil daripada kursus yang pertama ini
maka lahirlah generasi pertama perawat DARUSSALAM. Pada peringkat awal ini,
hanya seramai 13 orang perawat yang berjaya menerima Ijazah Perubatan
DARUSSALAM. Mereka inilah yang kemudiannya menjadi perintis kepada penubuhan
resmi DARUSSALAM.





3. MAJLIS KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI PERTAMA



Setelah menjalani latihan praktikal perubatan bersama Ybhg.Ustaz Dato Ismail Bin
Kamus bertempat di Pejabat ADUN dan MTD Gombak Setia, maka kesemua 13 perawat
generasi pertama ini telah menerima Ijazah Perubatan DARUSSALAM pada 17 Julai
2003 yang telah dilangsungkan di Pejabat MTD Gombak Setia, Taman Gombak. Kesemua
13 perawat inilah yang seterusnya menjadi ahli jawatankuasa penaja yang telah
dipengerusikan oleh Ust. Mohd Rozalie Bin Zahari dalam usaha mengembangkan
aktiviti dan keahlian DARUSSALAM seterusnya.





4. KURSUS DAN KONVOKESYEN DARUSSALAM KALI KEDUA



Setelah hampir dua tahun generasi pertama lahir maka piahak ahli jawatankuasa
penaja yang ada telah bersepakat untuk menganjurkan kursus DARUSSALAM kali kedua
pada tarikh 27-28 Februari 2005 bertempat di kelab Century Paradise Taman
Melawati. Kursus asas selama dua hari ini telah dihadiri seramai 83 orang
peserta dari seluruh Malaysia.Majlis Konvokesyen DARUSSALAM kali kedua telah
diadakan pada Julai 2005 bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar.
Seramai 63 peserta yang berjaya memperolehi ijazah DARUSSALAM.





5.PENDAFTARAN DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA DARUSSALAM

  (PENAJA)




Hasil daripada gabungan kesemua ahli DARUSSALAM daripada generasi pertama dan
kedua, maka akhirnya  DARUSSALAM secara resminya telah berdaftar dengan Pejabat
Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nama penuhnya “ PERSATUAN PERUBATAN ISLAM
DARUSSALAM MALAYSIA”. Persatuan didaftarakan atas nama badan bukan kerajaan
(NGO). Setelah berdaftar secara resmi, pihak ahli jawatankuasa penaja telah
mengadakan Mesyuarat Agung DARUSSALAM kali pertama (Penaja) pada 4 Februari 2006
bertempat di Dewan fadzil Mohd Noor Taman Melewar dan telah dirasmikan pleh
Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus iaitu Penasihat resmi kepada persatuan.
Perhimpunan ini mencatat sejarah dengan kehadiran 49 peserta yang berdaftar yang
seterusnya telah memilih sebuah

jawatankuasa yang baru iaitu seramai 10 orang untuk menjadi tenaga penggerak
persatuan.

Category : edit post

0 Response to "Sejarah"

Post a Comment